Sunday, February 17

Surat Kecil Untuk Anda .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 



Cukup lama tak sentuh sentuh blog ni :) Btw , I miss this old blog.
Setiap pertemuan , pasti ada perpisahan. Percaya atau
Tidak? ianya lumrahh. Akan tetapi , perasaan redha dan tawakal
haruslah kita amalkan setiap kali pertemuan dan perpisahan
itu berlaku. Mungkin itu satu takdir.

Bercakap pasal cinta. Perkara biasa , perkara yang seharusnya
terjawab oleh diri dan pemikiran sendiri. Saranan saya ,
Jika bercinta jangan menunjuk. Kalau mahu kekal lama insyallah.
Bercinta jangan lalai , Perlajaran diutamakan. Bermanis
ayat bukan pada hujungnya , tapi realitinya pada pangkalnya.
Kemana hala tuju? Hanya bermain kata di telefon?
Atau angan angan semata? Mula lah mencambah fikiran. Hidup 
sememangnya singkat. Tanpa matlamat , kita sesat , hanyut,
peluang disia siakan. 

Soal Ibubapa. Mari kita renungkan seketika. Asal kita dari mana?
Siapa yang bersusah payah membesarkan kita sedang kita
leka dibuai angin lalu? Siapa yang menyuapkan kita tatkala kita
merengek kelaparan? Siapa yang mencuci najis kita sedang
kita asyik meronta ronta menangis?

Sesungguhnya , Besar pengorbanan ibubapa kita. Ibu kita , ayah 
kita sayangilah. Sebelum , ditelan waktu wajah mereka hanya
menjadi satu gambar yang  terpampang di meja kamarmu.